Total Pageviews

Wednesday, June 6, 2012

Jejari Runcing..

Baru jerk pas tengok blog jejariruncing.Memg best dier nyer blog.Hmmm...First time masuk blog dier un dah rasa nk baca n nk baca jer entry dier...Bnyak mender yang dier nk celotehkan lam blog dier...org kater bnyak berjalan..luas pengalaman n bnyak ceritanya n bnyak jugak ranjaunya....itu jer boleh aku ulaskan pasal dier..well...dia memg cantik bila dah bertudung.Alhamdulillah...

Thursday, May 31, 2012

CINTA!!!!!OMG!!!!!

Cinta???
Aper tu?
Awak tau aper tu cinta?
Mcm tu ke?
Ermmmmm....

Cinta umpama angin....kita x dapat melihatnya...tp kita dapat merasai kehadirannya dan kita tahu kewujudan nya.Tapi...Bnyak tafsiran cinta dalam dunia Allah yang maha kuasa ini....
  1.  Cinta Pada Alam.
           Cinta ni..sudah tentu nya cinta pada alam ciptaan Allah s.w.t yang terlalu indah didunia ni.Tapi...jgn la
           terlalu obses menunjukkan cintakan alam anda sampai sanggup menjatuhkan maruah diri seperti
           yang dilakukan di sesetengah negara tu...NO NO NO...
  
     2.    Cinta Pada Binatang.

             Ha....yang ni cinta pada binatang.Nabi kita Nabi Muhammad saw pun cintakan binatang.Inikan plak
             kita hanya manusia yang lemah..perlulah ada sifat cintakan binatang ni..jangan dizalimi
             binatang...seperti yang sy tengok dalam video dalam u tube tu...sian anak kucing tu.Ya Allah..tuhan
             saja yang tahu mcm mana perasaan saya bila tengok video tu.Tambahan plak itu la binatang
            kesayang nabi junjungan kita.Entah la...Semoga Allah Sirnakan rasa perikemanusiaan kepada imsan
            ni.Amin....

      3.   Cinta sesama manusia

            Yang ni bukan cinta 2 insan tu taw....yang ni cinta sesama manusia yang tidak menyakiti sesama
             kita,sentiasa besatu dalam apa jua keadaan.Perasaan perikemanusiaan tebal dalam diri insan yang
             ada cinta ni...hmmm...korang ada ke?Tepuk dada tanya selera...

      4.   Cinta dua insan.
            Ok....yang ni baru cinta yang memg jelas kita lihat diman-mana saja.sentiasa ada dua manusia yang
            berkepit sepanjang masa.yang penting dua insan ni berlainan jantina..Tp jgn x sangka yang sesama
            jenis pn ada..ha..yang tu kenapa...jawab sendiri  la ye....Tp dalam islam..kita x disarankan bercinta
            sebelum kawin..tp ape yang masyarakat islam terutama yang remaja muda mudi ni x lakukan semua
            tu...termasuk lah diri saya sendiri..kepada yang belum merasai cinta ni...x payah la korang
            cari....lebih baik korg bercinta lepas kawin....Percayalah...percintaan lepas kawin tu lebih indah..dan
            yang penting korang x buat dosa mcm yang pernah aku lalui...wpun korang kata "ala..bukan jumper
            wat aper pun..." Tapi korang kene taw walaupun jumper..korang dah menyumbang kepada dosa2
            kecil dan maksiat.Fikirkanlah.

     5.    Cinta kepada ibu bapa
       
            Yang ni...Cinta hingga ke syurga...Hargailah ibu bapa korang...selagi mereka masih hidup ni...berilah
             perhatian yang secukupnya pada diaorang...bagi yang dah bkerja x kira kecik or besar..hulurkanlah
             walau sedikit kat parents korang...Walaupun korang bg RM10 pun dah besar rahmatnya bg
            diaorang..Sebenarnya diaorang x mintak pun jauh sekali mengharap...tp bila korg bg duit kat
           diaorang..bg diaorang korang x penah luper diaorang...itu jer harapan parents kita...sebelum diaorang
           tutup mata..bahagiakan lah diaorang...

     6.   Cinta Kepada Allah s.w.t

           Yang ni..cinta yang tiada tandingannya di dunia ni....Sesungguhnya dengan cinta Nya lah kita dapat
           menempuhi onak dan duri dalam dunia yang penuh dugaan dan ranjaunya.Jangan lah sesekali kita
           lupakan dia..InsyaAllah dia sentiasa membantu kita.

Sebenarnya bnyak lagi cinta dalam dunia ni...Tapi cinta yang paling penting adalah cinta yang ke enam tu...Fikirkanlah.....

Monday, May 21, 2012

pakain dan percakapan seorang wanita

TYPE 1
  • Pakaian bertutup 
  • Mulut Cakap perkara perkara baik n sopan.
TYPE 2
  • Pakaian bertutup
  • Mulut cakap perkara mengenai seks tanpa rasa malu.
TYPE 3
  •  Pakaian Kdg kala ketat kdgkala x.
  • Mulut bercakap tidak melampaui bts n sopan.
TYPE 4
  • Pakaian seksi
  • Mulut cakap lepas n x tahu malu.
 Pada sesiapa yang baca blog ni...aper pendapat anda semua mengenai ke empat2 type ni.Dan saya perlukan pendapat anda mengenai type 2 dan 3.adakah 2 type ini sama or ada bezanya.

Tuesday, March 27, 2012

Manusia yang x reti bersyukur.

Ntah la...kadang2 aku sendiri x faham dengan segelintir manusia ni...x reti nk bersyukur.aper yang diaorng cari x taw.per yang diaorang taw..nak merungut itu ini jer.Tapi kejer...x penah nk jalan ngan betul.Kalau aper yang dirungut tu...samanya berbaloi ngan kerja yang diaorang lakukan...itu x jadi masalh besar..tp aper yang di mahukan...melebihi aper yang dilakukan....kenapa mereka x reti bersyukur ngan per yang diaorang dapat?kalau x dapat langsung cemana?x ke naya kamu....bersyukurlah ngan per yang orang dah bg...jgn tahu merungut jer....kamu tahu ker aper keperitan yang orang atas lalui..kamu habis tenaga ajer...tapi orang ats ni...bukan setakat tenaga ajer...otak lagi nk perah...cr cemana nk dptkan sumber2 yang boleh majukan perniagaan...pernah ker diaorang pk sumer tu?x...sekali un x penah..aper yg diaorg pk...aku wat kejer ker..x wat kejer ker..janji aku dapat duit hujung bulan.susah mentaliti masyarakat kiter sekarang.tahu merungut jer.

Wednesday, March 21, 2012

Pandangan pertama.....

Apa ada pada pandang pertama?
Betapa penting nya pandang pertama dalam kehidupan kita kan?
Dalam kerjaya..perhubungan..semuanya penting kan?

Hmmm...Salu nya org akan ckp pandang pertama ni berkaitan ngan bagi pasangan2 bercinta kan?x semestinya....masa kita cr kejer...tu un pentingkan pandang pertama...dalam persahabatan jugak penting pada pandangan pertama...

Tp..tanpa kita sedari..kadangkala pandang pertama menipu kita....pandang pertama hanyalah penilaian kasar kita terhadap seseorang.Tanpa mengenali seseorang tu...mungkin apa yang kita sgka pada seseorang adalah salah...Jangan sesekali kita percaya pada pandangan pertama kita pada seseorang sebelum mengenali seseorang tu dengan lebih dekat.

Sebab tu la...pepatah inggeris ada mengatakan..."Dont jugde a book by its cover".Jangan menilai sesebuah buku berdasarkan muka hadapan nya sahaja...Kadangkala kulitnya memg la cantik hiasannya..kemas berbalut...corak yang dilakarkan menarik minat setiap mata yang memandang...Tp bila balutan dibuka...helaian demi helaian diselak...terserlahlah kekurangan atau pun kelebihannya...bukan bermaksud disini..buku yang cantik..isinya x cantik...dan begitu jugak sebalik nya...banyak buku yang luarnya cantik dan dalam nya cantik...begitu jugak sebalik nya...

Pandang pertama n pepatah inggeris ni sangat berkaitan...fikir-fikirkanlah...menialai seseoarang biarlah..setelah kita kenalinya..kerana tidak adil bagi nya bila kita menjatuhkan hukum pada nya tanpa kita ketahui bagaimana sifat dan sikapnya. 

Tuesday, November 29, 2011

10 TANDA SI DIA JODOH KITA?????

Maklumat ni aku dpt dr blog len.klu entry ni super ngan sesaper  punyer blog mungkin r aku mbik dr blog korg.tp entry ni menarik bg aku.so aku copy n paste la...mintak maf la kalau da yg x suker yer.
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
-Artikel iluvislam.com

Sunday, February 27, 2011

kekecewaan...

Hmmmm..hr ni rasmi la aku jadik single semula...ntah la...sakit rasanya...aku x tahu cener lagi nak nilai dia...betul ker dia cyus ngan aku atau x...dia rela ptskan hbngan yg terbina selama 3 thn ni semata2 x nak jumper family aku...katanya belum ms lg...akukah yg bersalah kerana terlalu memaksa atau dia yg memg x serius dalam hbngan ni...sedgkan aku setia dgn kerenahnya...walaupun setiap kali aku dtuduh berlaku curg d belakangnya.Ya Allah...kuatkan lah hati hambamu ini....teguhkan lah jiwa ini...sesungguhnya...segala apa yang berlaku...pasti ada hikmahnya.mungkin ini balasanmu terhadap dosa-dosaku semalam...mungkin..selepas ini tiada lagi insan bernama kekasih dalam hidupku.cukup lah sekadar disini shj.aku sudah merasakan penderitaannya..biarlah berakhir disini shj.